Property

Went to see our first “calon” house yesterday. Somewhere near Mama’s place. I soooo like the design of the houses there. Even though tempat jin bertendang sikit, tapi sebab dekat dengan rumah Mama, and there are potential growth dekat sekeliling, so I think it is a good bargain. Tapi, on our way there, the moment my husband saw the place, he said, saya tak suka, mesti out of budget. Which is so not! I’ve done our credit assessment with 2 banks, and the house was very well in our range. Not even close to maximum level. Which obviously I myself won’t take too much risk la because thinking that I’d want to hire a maid and simpan duit jugak. Kalau rumah dah caps dekat max, mana nak cekau duit untuk maid, savings, and more investment lagi kan?

I am so in love with the design and layout. And also the material used. Only downside on the design is the porch is small. Which is still tolerable sebab the house is in front of a playground (lotsa parking)!). And takde food delivery to the area. Bummer!

#Endlot 30×70 RM390k. (Endlot! Nak tanam pokok mango sebatang, bukak swimming pool plastic untuk Hana, and boleh letak benda alah golf untuk husband!)
#3 bedrooms and 2 bathrooms upstairs with family hall. (2 bedrooms with same size, symmetrical! I so hate it when adjoining rooms are not the same size.)
#1 utility room/maid room downstairs. (This one kena letak tiles because dia simen je. Tak like!)
#Lantai all tiles (perfect! I hate parquet, and I don’t want the hassle of wood/laminated flooring! Senang calar.)
#Layout is quite huge sebab all open and rectangle je dari living sampai dining.
#High ceiling upstairs, so nampak luas :)
#Gated and guarded. (Now that would make me feel safer at least with a baby in the house)

I’ve visualize so many things that I want to do to the house. Subject to my husband agreement on buying it. Kalau tak, gigit jari je lah. Boleh berangan je la kan. Dah veto power on husband (T T). I so want the house. Let’s just hope that if Allah swt takdirkan rumah tu untuk my family, then ada rezeki, dapat la. If not, pasrah dan berserah je la. Mungkin belum rezeki. Or memang kami belum ditakdirkan untuk hidup bersama as a family yet.

Ya Allah, Kau tabahkanlah hatiku. Kau tunjukkanlah jalan dan pilihan yang benar untuk kami. Apa yang kau beri, itulah yang terbaik untuk kami insyaAllah.

Oh well

Tiba-tiba terasa mellow balik.

Weekend ni mungkin yang menyebabkan stress datang semula. Was looking forward to the weekend macam biasa, bila Friday, dari pagi dah excited fikir malam ni chenta hati ambil bawa balik rumah kami. Even though rutin weekend tu macam bibik je, tapi ada rasa macam berbunga riang gitu. Because at least we get to see each other, paling penting, anak dapat bonding dengan Ayahnya.

Tapi, betapa la looking forward-nya. Rupanya chenta hati kena infection mata. So tak dapat la jumpa sebab takut anak berjangkit. OMG, sedih sangat oke. Dah la bagitau pun dah malam hari Jumaat. Habis terasa macam boleh dengar hati pecah berkecai kat dalam. Emo. Dalam emo ada jugak risau fikir macam mana la chenta hati tu sorang kat rumah. Macam mana nak makan gitu?

Haih. Ni la namanya dugaan sangat. Boleh buat kokoro junbi kalau cakap awal-awal weekend tu tak available, be it for work or ada tournament. Tapi bila tiba-tiba je jadi macam ni, oh amat la terasa keciiiiik je hati ni. Dah la teringin nak cuba ajar budak kecik ni menyusu botol semula. Excited dah beli botol lagi. Tapi..bila ada satu parent je, jadi tak semangat dah nak buat.

Kadang-kadang rasa terfikir je, apa sebenarnya yang tuhan nak tunjuk ni? The bigger picture masih lagi tak nampak. Masih lagi tertanya-tanya. Not questioning fate, tapi ada rasa tak sabar nak “nampak” hikmah di sebalik perpisahan ni. Cukuplah duduk jauh dari 2004 sampai 2008. Cukuplah menderita masa tak dipedulikan dulu. Dah lama merasa ada “teman” tapi macam single. Ingatkan nikah tu boleh selesai masalah commitment tu. Rupanya, sekarang dah jadi double trouble bila dah libatkan anak.

Kesian tengok anak ni.

Impian Mama, nak anak Mama sayang Ayah banyak macam Mama sayang Tokwan. Ya Allah, kau tunjukkan lah jalan yang benar untuk kami..

Rindu

I was looking at my picture folder in my BB, saw a folder titled “Us”, basically looked at all the pictures, and cried my heart out.

Where is that “Us”?

We have been separated ever since our baby came. First came the pantang days. I used to look forward to the end of pantang so that I can go home, to our home.

Then came the decision, made by you, my mother, and your mother, to let my mother take care of my baby.

Then there is no more “Us”.

There is still “Us”, but it is never the same again. Our priority have changed, shifted to this little child. And sometimes it felt like I have lost you.

As much as I love our child, sometimes when I look at you, I feel sorrow. I don’t want to let you down, but at the same time I have to.

I hope I will find the right path someday. And hopefully we’ll be a family again.

Helpless

Walaupun tinggal dengan parents, tapi tinggal asing dengan husband.

Demi anak, husband terpaksa berkorban. (Eh, dia berkorban ke aku yang terkorban?)

Saya nak sangat jadi supermom.
Saya nak fully breastfeed anak hingga 2 tahun.
Saya nak masak makanan anak saya sendiri.
Saya nak anak membesar depan mata saya.
Saya nak jaga anak saya sendiri/nak anak saya dijaga hanya oleh orang yang saya percaya.

Saya nak pergi bekerja untuk kumpul duit untuk diri sendiri dan anak(-anak).
Saya nak jadi pekerja cemerlang.

Tapi sebenarnya..

Saya bukan supermom.
Saya ada banyak (cukup) susu tapi anak saya tak mahu minum ebm so sia-sia susu saya tu.
Kadang-kadang saya bagi anak saya makan biskut baby tapi sebab paed tak bagi so saya rasa bersalah sangat bila bagi.
Saya perlu pergi kerja untuk cukupkan belanja dan tak dapat jaga anak sendiri.
Saya suka mak saya yang jaga anak saya tapi saya tak gembira sebab menyusahkan keluarga saya.

Saya bekerja sekuat yang boleh tapi separuh jiwa saya mati setiap hari pergi kerja kerana terpaksa tinggalkan anak.
Saya pekerja average yang dikelilingi high-achievers.

Saya rasa saya tak boleh handle semua ni sekaligus. Saya rasa sangat helpless. Walaupun ada ramai orang di sekeliling saya, tapi saya rasa sangat stress. Hari ini saya sangat banyak kerja. Balik rumah dah lambat (after 8). Mama dah call bagitau anak menangis cari saya sebab lapar susu. Sampai rumah, makanan anak untuk esok sudah habis. Kena masak laju-laju sebab anak mengantuk dan lapar. Pukul 8.30 dah ajak tidur. Mana sempat!! Perut saya lapar tapi tak sempat makan, tapi mesti makan supaya susu saya waktu malam lebih berkualiti kerana anak hanya menyusu di waktu malam. Masak makanan anak dalam keadaan kelam-kabut sambil berhenti susukan anak. Akhirnya separuh terhangus. Rasa pasrah sangat-sangat.

Untuk tambah terukkan keadaan, long business trip yang cancel bulan 4 ni dah ada balik pada bulan 6. Macam mana aku nak tinggalkan anak kecil yang hanya menyusu waktu malam ini lama-lama?

Bukan nak bersungut sangat, tapi hati rasa sangat susah. Mental sangat stress. Cerita pada orang pun siapa la yang betul-betul faham. Lagipun saya tak perlukan simpati. Yang saya perlukan adalah bantuan.

Kenapa la hidup aku macam ni.. Saya perlu bantuan..

Akulah robot berhati batu dan kaya tak hengat punya. Ko hado?

Nampak senang di luar, tak semestinya senang semuanya. Bila kita tunjuk happy sepanjang masa, orang ingat kita senang, kaya, tiada masalah.

Sekali kita luahkan apa yang terpendam, orang terus letak label pada kita.

Ok la fine. Aku la yang sepanjang hidup merasa senang saja. Mentah. Bodoh. Tak sedar dek untung. Macam kacang (sebab lupakan kulit).

Hello..lain kali boleh cuba siasat dulu tak sebelum berkata-kata. Walaupun mungkin aku setahun jagung, mungkin hidup aku senang, mungkin aku berpelajaran tinggi sampai ke hujung dunia, tapi mungkin tak yang aku ni manusia biasa? Mungkin tak dalam ke-mentah-an hidup aku ni, ada berbuku-buku masalah yang dah “cancerous” kat dalam hati? Mungkin tak orang sekeliling yang tak membantu, malah memparahkan lagi masalah tu?

Ada mungkin tak orang cuba memahami sebelum letak label sesuka hati?

Mungkin kau ingat aku ni alien, atau robot berhati batu. Hidupku senang setiap hari. Masalah kosong. Duit berbillion boleh beli apa sahaja.

Ok fine. Akulah robot berhati batu.

I wish.

Takdak kena-mengena dengan hang. Toksah dok perasan nak tembak sana-sini. Kau diam. Ni blog aku, suka hati aku nak tulis apa. Kau bersuara, siap kau aku tembak. Aku kan robot.

Bila berdoa..

Bila berdoa..

“Ya Allah Ya Tuhanku, Kau cukupkanlah susu aku supaya dapat aku susukan anakku sehingga 2 tahun”

Tapi terlupa nak mintak..supaya anak NAK minum susu ibu sehingga 2 tahun. (-_-)

Anakandaku nampaknya macam dah tak boleh terima breastmilk. Kalau masuk dalam botol, sua kat mulut, mula la dia tutup mulut kemas-kemas. Kalau termasuk dalam mulut, dia buat mula geli-geleman nak termuntah. As if susu tu busuk/basi. Kenapa ye? Memang la bm ada bau sikit, tapi selama ni minum ok je. Tiba-tiba geli. Hmm..very upsetting actually. Tapi, even more then upsetting is worrying la. Sebab memikirkan mak nya pergi kerja keluar dari rumah at least 12 jam sehari. Ok tapi tu takpe lagi sebab balik rumah boleh bf (which she likes very much). Kalau kena outstation macam mana ye? Sepanjang outstation tak minum susu ke?

Sebab kesian dan risau tu la dah beli jugak sekotak milk powder, and gladly, my princess refused to drink it as well. K selfish sebab glad, tapi rasa bahagia bila dia refuse, so I know that she won’t tolerate fm. Dah dekat sebulan anak tak menyusu waktu siang. Badan pun dah tak chubby. Timbang tadi berat 7kg. Ok la dalam 3 bulan naik jugak la 1.1kg. Umur 8 bulan berat 7kg, ok ke? Ringan sikit tapi asalkan sihat and development ok takpe la kan.

Sekarang ni satu permintaan paling besar adalah supaya baby ku nak minum susu botol semula. Pelik juga rasanya sebab direct bf suka sangat, tapi the same milk dalam botol taknak. Sedangkan sejak umur 1 bulan, sampailah 7 bulan, elok je minum susu botol tanpa sebarang masalah langsung. So bukanlah masalah tak sesuai dengan puting or botol kan.

Consulted her paed, in which he said, anak tu saje suka nak berkepit dengan mak dia la tu. Takpe la waktu siang bagi la dia makan supaya tak lapar. Tapi balik rumah bf la. K, yang tu dah tau. Tak payah cakap pun takpe kot. Tapi at least rasa assured la sikit bila professionals pun cakap macam tu. On her coughing in the morning, paed kata she might be sensitive sebab ada family history asthma (my bro n my hubby). So kena watch out on what she eats. No processed foods. No baby biscuits etc. No honey, ikan bilis. Give only the high quality foods. And if nak resepi baby-foods, you can read Annabel Karmel (-_-). I want to buy her books, tapi mahalnya Ya Allah. Dah berapa kali pegang kat Kino tapi tak beli-beli pun. Seram tengok price tag hahaha.

Haih takpe lah, kalau rajin kita buat booklet sendiri. Kalau tak rajin, nampaknya kena mengkopakkan poket la ni :p.

At 8 months, my baby dah boleh merangkak, albeit the weird “kaki kiri tolak, kaki kanan seret” way. Also dah memanjat sana-sini dengan yakinnya. Lepas da panjat boleh lepas tangan bajet terer. Bila terduduk, nangis. Terhantuk sikit nangis. Semua lah nangis :p. Memang konfem la diva kau nak. Mak konfius dari mana kau dapat trait diva ni sebab mak bapak tak diva. Tokwan nya kata, ikut pace ni, 9 bulan dah boleh jalan kot. Wah KPI Tokwan set memang hebat. But then, mak hang jalan masa 8 bulan. So kira lambat sikit la ni hihi. Harap-harapnya bila dah boleh jalan nanti mula la explore lebih sikit ye. Sekarang ni mesti dekat dengan orang je. Kira kalau merangkak pun, hujung jari mesti boleh sentuh orang. Kalau macam ni, memang tak payah risau anak panjat tangga sebab takkan sampai kat tangga tu sebab tak within distance. Tak kisah la, janji sihat dan selamat. Clingy pun mak suka aje. Sikit-sikit, mamma mamamama..habis ayah jeles.

Harapan Mama, semoga anak Mama nak menyusu botol semula macam dulu…

Lagi dan lagi dan lagi..

Kalau tak mengenangkan siapa orang tersebut, nak je aku ajak buat adegan tarik rambut (figurative je sbb rambut gugur xmo tarik2 da). Malas nak layan kau nyah. Kau takde pun hidup aku ok aje.

Mode: Bitchy amat.

On another note, nak laci Doraemon yang boleh tengok masa depan tu. Nak tengok adakah anakku ini akan menerima EBM dalam botol semula atau tak. Kalau akan, then it will be worth the wait. Kalau takkan, baik bagi susu tin je. Frozen EBM tu baik la buat siram pokok ke apa. Buat semak freezer je. Kena decide cepat la. Sebelum kena pergi outstation nanti kebulur anakku ni. Kesian kau nak..takkan nak korbankan tumbesaran semata-mata sebab hajat Mama nak bf. Kalau direct feeding, kemain lagi siap ada bunyi-bunyi kesedapan. Tapi bila bagi EBM (even right after expressing), boleh buat hidung senget-senget dengan muka ala-ala susu tu busuk/basi. Padahal beberapa minit sebelum tu elok je sedut direct. Amat musykil la saye!

Laki gua kata ofis tengah cari orang nak hantar training kat Nihon setahun. Kalau dia yang kena, dia ajak bini dan anaknya ngikut. Wah! Berat permintaan tu. I like my job (walaupun hate pun banyak juga). Tapi if it is for the best, then I don’t see the harm in it.

Stress

Stress bila…

1) Bercinta dengan orang yang amat sangat disayangi selama 6 tahun, akhirnya berkahwin, and dapat seorang anak (yang dah ditunggu2 sejak sebelum kahwin), tup-tup kena tinggal berjauhan sebab anak dijaga oleh parents. Jumpa seminggu sekali sahaja dengan chenta hati. Bila jumpa, yang isteri tidur peluk anak atas katil, suami tidur peluk selimut atas comforter kat atas lantai. (T T)

2) Anak kesayangan mendapat kasih sayang yang secukupnya (lebih maybe) bila dijaga oleh parents sendiri, tapi….tak kenal Ayahnya sebab jumpa seminggu sekali sahaja. Anak pulak jenis penakut tengok orang. (T T)

3) Beri anak susu ibu sahaja, susah payah pam susu siang malam pagi petang tak kira waktu, penuh freezer dengan susu beku, tapi…anak refuse minum susu botol waktu Mama pergi kerja. Habis nak kena buang susu yang expired (T T)

4) Bangga sangat dengan diri sendiri sebab berjaya menyusukan anak dengan susu ibu, dan beri makan makanan hasil masak sendiri walaupun mungkin tak sedap, tapi tau tiada gula, preservatives etc. Tiba-tiba ada orang asyik komen dan tanya, takpe ke? tak basi ke? (T T)

5) Anak sendiri lebih sayangkan Tokwan, Tok, dan aunty uncle nya daripada Ayah sendiri sebab Ayah jumpa seminggu sekali sahaja. (T T)

6) Di tempat kerja, staff (pecacai) asal ada total 12 orang, tapi bos rasa macam ramai sangat staff, so cut down. Daripada 12 tinggal 6. Kenapa work-load tak cut separuh juga? Habis sekarang ni balik lambat, nanti bila dah cut-down, tak balik-balik ke? Habis anakanda tu? (T T)

Sesungguhnya kerja boleh dicari, tapi anak itu membesar sekali ini sahaja. Macam mana aku tak stress jika begini? Ambition, nak sangat beli sebuah rumah sendiri, so that chenta hati lebih dekat dan kami boleh tinggal bersama satu keluarga. Biar lah jika aku kena bangun lebih awal untuk hantar anak ke rumah parents, asalkan kami dapat hidup bersama, anak dapat kenal Ayahnya. Walaupun susah, tapi mungkin lebih bahagia.

Spectra 3, Susu “stoberi”, 7.5 months, Property

Ok..somehow now I own 3 breastpumps! Sangat la gigih mengepam ni!

1. Medela Swings: My personal favorite. The cute color and design, the size, the adaptability (electric and battery), the mobility (neck strap). I used to pump while driving home from work (sangkut je corong kat nursing bra, and change sides during jam/stop at rest area). It was so perfect..until the pump choose to break down on me (T T)

2. Avent Manual: A very good pump as well. The softshield works well. Suction very good. Drawbacks? The “manual” part. Tee-hee.

3. Spectra 3: A good pump as well. The best part is that it is a double pump. I fall asleep once while pumping, almost spilled my EBM (-_-). Drawbacks: The suction is quite “harsh” to me at the beginning of pumping session. Although after a few minutes I’ll be fine and will turn the power higher. The size and weight are also quite disturbing..menyemak dalam beg bila pergi outstation! And electric only! So tak boleh la pam di mana-mana.

2 days ago (Friday), first time pam dapat susu “stoberi”. Apparently nipple tengah luka. Maybe due 2 batang gigi kecik :p. Never been bitten by the gigi kecik, but gesel2 kadang2. Fobia kejap nak pam. So I just sapu some bmilk on it and tahan kepedihan until petang. Tried pumping again in the afternoon (slowly pumping), and managed to get 4oz (before boss panggil!). Pheww lega sebab dah engorged. Was really contemplating on nak tahan engorgement pain ke kepedihan luka punya pain. And engorgement menang as the more painful pain. Haha. No more susu “stoberi”.

Was looking at Farah Farhan@Sarakids blog and saw her “modu”. Sooooo nak!!!! It is pink, looks like Swing, and is a double pump! I hope it can be battery operated, and is not overpriced. (^ ^). Met Farah once at KLCC Charity Bazaar, can say that she saved my life at that time. I was going for a long official trip and my milk production was very slow. After her encouragement, I managed to save enough, and now tak muat freezer again :p. Thanks to my baby’s eating habit. Makan banyak so susu dah kurang sikit banding dengan before start solids dulu.

I’ve managed to bfeed my baby for 7.5 months now! And my current target is 1 y/o. Judging by our pace now, I think there should be no problem. Hopefully my job permits it. Since we’re having major re-org and my department is cutting half of the manpower. Disastrous!!! Sekarang pun dah busy sangat. After this? Hell? Takpe lah. InsyaAllah we’ll find a way, God will show us the way hopefully. Kalau takde way, cari way (job) lain :p.

Tomorrow we are going house hunting! Looks like we’re going for sub-sale anyway. Why? So that the housing area is already established. And so that the house is in move in condition (hopefully). Jimat masa and kos, tak perlu buat kitchen cabinet or major reno. That’s my target now. My dream area? Definitely Denai Alam. But that’s out of our budget. So we’re settling for the next best, Bukit Subang. Right next to Denai Alam. Tee-hee. Ada rezeki nanti kita upgrade ke Denai Alam InsyaAllah. (Hopefully akan jadi realiti sebab I really like the houses there!!!!) Harapan: cepat la MRT line siap so that boleh pegi ofis naik public transport je. My plan with Bukit Subang is I’m gonna use the LRT KJ to go to work. Sebab tak minat nak naik Federal dari KLCC. Kalau ada direct highway then ok la. I don’t mind paying tolls asalkan tak perlu sangkut dalam jam tu.

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan kami dan bukakanlah jalan untuk kami dapat laksanakan impian kami yang satu ini..

Medela Swing

My Swing decided not to pump anymore since last Thursday. So tragic.

So I decided to invest on a manual pump as a spare pump and also a temporary pump until I could get my Swing back on track. Bought Avent manual. It is a good pump, but I can’t stand the “effort” and energy needed to get the same amount of EBM that electric pump can get.

Tabik spring sama mak-mak yang guna manual pump and manage to bf for as long as it is. I’ll definitely gave up very very soon. As at now, I still manage to pump 3x a day, but with lesser amount of EBM. Not because my production is running low, but because malas! Lenguh muscle hokeh!

Cepat la sampai sparepart Swing, and hopefully it will be fine because I’m going for a outstation meeting. So I really need my Swing!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.